Archive Page 2

Akhlak Duat

Assalamualaikum,

Taqwa, itulah ukuran ALLAH di akhirat nanti. Bukannya mustawa rekaan kita itu. Kerana ia adalah penilaian zahir. Tidak tepat dan adakalanya tersilap.

Sepatutnya para duat yang kuat bekerja kerana ALLAH, mempunyai akhlak yang tinggi dan terpuji. Kerana akhlak sangat berkait dengan tingkat taqwa dan iman kita.

Mantap iman kita, maka mantaplah akhlak kita.
Buruknya akhlak kita adalah hasil dari rendahnya meter iman kita.

Seorang da’i dari sudut fi’iliyyah nya cukup tawaduk.

Percakapannya pula halus, tidak menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Lembut, bersesuaian dengan waqi’.

Email yang ditulis serta setiap kata-kata di alam maya sekalipun ditelitinya sebaik mungkin, bagi tidak melukakan hati ikhwah & akhawat lain.

Para duat sepatutnya berusaha mencapai akhlak Rasulullah. Akhlak Al-Quran.

Akhlak Rasulullah Terhadap Orang Yang Mencacinya. ( Sumber )

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang hari demi hari, apabila ada orang yang mendekatinya, ia selalu berkata,

“Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad. Dia itu orang gila. Dia itu pembohong! Dia itu tukang sihir! Apabila kalian mendekatinya, kalian akan dipengaruhinya”.

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah pun, Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.

Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang baginda SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya,

“Anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”,

Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya,

“Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja”.

“Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a.

Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak,

“Siapakah kamu ?”.

Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa”.

“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku!”, jawab si pengemis buta itu.

“Apabila ia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku. Tapi terlebih dahulu dihaluskan makanan tersebut dengan mulutnya. Setelah itu ia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,”pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

“Aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata,

“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Ia begitu mulia.”

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar r.a.

Itulah qudwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita. Kita seharusnya melayani dengan baik orang yang mencaci kita sekalipun.

Kalau dengan orang yang mengherdik kita sekalipun kita masih menghormati, berbakti dan menjaga hati perasaannya, apatah lagi menjaga hati para duat yang bekerja bersama-sama kita.

Sekarang, bagaimana pula akhlak kita sesama duat? Mengharapkan mereka sentiasa berlapang dada dengan kekasaran dan kerendahan akhlak kita?

Amiruddin Hamidun.
29 November 2009,  11.08 pagi
Nice, France

Aidiladha 09 - Ukhwah & Tadhiyyah

Assalamualaikum,

Tak tahu nak cerita apa sangat. Tengok gambar kenang-kenangan jelah ye.

Lepas subuh di masjid, mandi, terus bergegas ke stesen bas.

Depan stesen bas ni ada air pancut.

Masjidnye 30 minit naik bas baru sampai.

Sampai-sampai je terus solat. HuHu

Ramai juga orang di sekitar masjid

Berjumpa teman berlainan bangsa, namun sefikrah.

Sesak. Bas dan kereta nak lalu pun susah.

Ridouan mesra dengan ikhwah kecil =P

Alhamdulillah dihantar pulang ke rumah dengan kereta oleh Ridouan selesai solat. Sempat menjemputnya naik ke rumah dan mengeratkan lagi ukhwah kami.

Setelah memancing dengan umpan-umpan yang sepatutnya, maka terkeluarlah soalan : “Vous avez des halaqahs en malaisie?*. HaHa

Akhirnya keluarlah pelbagai perbincangan yang lebih mendalam.

Lama juga berborak. Berhenti dalam 45 minit sebelum waktu zohor. Masih ada urusan DE perlu diuruskan di masjid yang sama. Bergegas kembali ke sana untuk solat Jumaat, 15 minit jalan kaki ke stesen bas, diteruskan dengan 30 minit di dalam bas.

Alhamdulillah tiba awal dan masih banyak ruang yang kosong. Berjumpa pula dengan kawan yang lain. Selesai solat Jumaat, berjumpa seketika kawan masjid itu.

Lama juga berbual. Akhirnya membawa sampai ke Asar. Selesai solat Asar, naik bas untuk pulang ke rumah semula.

Sampai rumah dah nak gelap dah

Dari luar rumah, boleh nampak laut dan matahari terbenam.

Sempat berehat sebentar di rumah. Penat. Ikutkan hati, memang nak tidur kejap. Tapi terbayang-bayang bait-bait Raqaiq yang menggambarkan betapa dahsyatnya generasi dulu menjaga solatnya di masjid. Mujahadah kejap.

Selesai solat isyak, pulang ke rumah memasak dan prepare untuk sesi tarbiyah malamnya. Dalam beberapa minit, Ridouan call mengajak untuk keluar minum dengan beberapa “freres”. Heh, nak DF nampak.

Sorilah Ridouan. Tarbiyah diri lebih utama. A la prochaine inchaALLAH ;)

Amiruddin Hamidun.
28 November 2009,  3.53 pagi
Nice, France

Fastabiqul Khairat

Assalamualaikum,

Memecut lebih laju. Lebih tarbawi, lebih haraki.

Fastabiqul khairat. Jangan tunggu-tunggu.

Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. - Al Hadid, ayat 21

Amiruddin Hamidun.
26 November 2009,  2.29 petang
Nice, France

Antara Tarbiyah Diri & Tarbiyah Mereka

Assalamualaikum,

Fathi Yakan pernah menulis…

Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan dakwah di sana sini.

Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para da’i itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan komitmen mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan dakwah itu sendiri.

Selama belum tercapai interaksi antara duat dan hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain.

Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan
apa-apa. Oleh sebab itu, hendaklah para du’at memberi perhatian yang besar kepada proses penggarapan; lebih dari usaha penyampaian.

Mereka hendaklah meningkatkan usaha-usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dari orang yang mendidik manusia lain.

Sesungguhnya para duat dalam konteks menanggung beban perjuangan
untuk menegakkan kebenaran Allah swt dan menyebarkan panji Allah swt bagi menegak negara Al Qur’an hendaklah menginsafi hakikat yang fundamental ini.

Hal ini telah pun disebut oleh salah seorang pemimpin harakah semasa yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Beliau berpesan :

“Wahai saudaraku, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, nescaya Ia akan terbina pula di tanahair saudara.”

Amiruddin Hamidun.
25 November 2009,  9.08 pagi
Nice, France

Askari Dalam Haraki

Assalamualaikum,

Mukhayyam with 10 km longmarch. Menarik… menarik.

…. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh…. - At Taubah, ayat 111

Amiruddin Hamidun.
23 November 2009, 2.27 petang
Nice, France

Priority Dalam Tarbiyah

Assalamualaikum,

Mesti kenal priority terlebih dahulu. Perkara ini perlu ditekankan di awal-awal fasa tarbiyah. Kerana lama kelamaan tanggungjawab makin bertambah. Kerja semakin banyak. Adakalanya kita harus memilih antara dua aktiviti atau lebih.

Susunlah amal-amal dakwi itu mengikut priority supaya tidak akan ada yang dizalimi. Baik kita mahupun binaan kita.

1. Perkumpulan kita / tarbiyah kita.
2. Perkumpulan binaan kita / tarbiyah binaan kita.
3. DF.
4. Amal tajmik.
5. Dakwah ammah.

Perkumpulan mingguan kita itu yang paling UTAMA. Andai sahaja bertembung dengan program atau perkumpulan lain, TARBIYAH DIRI kita yang harus didahulukan.

Pelik…. tersangatlah pelik. Ada yang dengan rela hatinya menangguhkan atau membatalkan perkumpulan mingguannya dengan alasan keluar berDF dengan mad’u. Apa yang diDFkan kalau tarbiyah diri sendiri sudah terabai?

Bukankah matlamat DF itu untuk membawa mad’u membina muwasafat islami dengan menghadiri perkumpulan mingguan seperti kita juga? Bagaimana mad’u boleh berdisiplin ditarbiyah di dalam perkumpulan itu sedangkan si penyeru itu sendiri gagal hadir ke perkumpulan mingguannya?

Ada juga yang sibuk ‘berjuang’ di medan wadah sehingga mengabaikan tarbiyah. Idea-idea dan planat tajmik disusun mengalahkan planat takwin. Diperalatkan oleh wadah yang pada asalnya hanya alat untuk mentarbiyah.

Gagal meletakkan priority dalam dakwahnya!

Ibarat angka kosong yang ingin membina orang yang hebat. Angka kosong sama sekali tidak akan berjaya menghasilkan angka satu, seratus ataupun seribu. Angka kosong akan sahaja mengumpulkan angka kosong di bawahnya. Menjadi beban kepada kelompok kita.

Tarbiyah diri kita mendahului tarbiyah binaan kita.
Tarbiyah diri kita mendahului waktu DF kita.
Tarbiyah diri kita mendahului kerja-kerja tajmik kita.
Tarbiyah diri kita mendahului program-program umum kita.

Justeru, perkumpulan mingguan kita itu yang lebih UTAMA sebelum yang lain.

Bukan masa perkumpulan mingguan kita itu yang harus disesuaikan dengan masa kerja-kerja DF kita. Masa DF itu yang sepatutnya disesuaikan dengan masa perkumpulan kita.

Tarbiyah diri kita itu sebahagian dari tarbiyah mad’u kita. Kita yang akan menyampaikan dan menggerakkan mereka. Maka WAJIB kita mendahulukan sumber tarbiyah utama ini.

Perkara ini harus betul-betul difahami.

Tanggungjawab kita semakin bertambah. Lingkaran kita semakin meluas. Program yang perlu dihadiri semakin banyak dan adakalanya bertembung antara satu sama lain walaupun telah disusun sehabis baik. Maka kefahaman terhadap meletakkan priority perlu jelas.

Jangan nanti wujud kelompok baru yang sibuk mentarbiyah sahaja sampaikan tidak ditarbiyah. Itu bukan lagi asolah KITA. Itu bukan lagi KITA.

Kerana KITA adalah golongan yang memperbaiki diri dahulu sebelum menyeru orang lain.

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? - Al-Baqarah, ayat 44

Amiruddin Hamidun.
21 November 2009,  8.20 pagi
Nice, France

Amal & Istiqamah

Assalamualaikum,

Teruskan berlari. Jangan pernah melarikan diri. Biarpun langkahnya lesu. Biarpun jejaknya payah. Biarpun hentakannya lemah. Namun tetaplah teguh berlari!

Kerana pada tiap derap langkah larian itu, ada SATU janji yang pasti. InsyaAllah.

Dahulukan amal dari perkataan.

Berangkatlah kamu, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui - At Taubah, ayat 41

Amiruddin Hamidun.
20 November 2009, 2.27 petang
Nice, France

Hati

Assalamualaikum,

Hati baik, yang lain pun baik.

Kitaro yang mengalunkan dengan hati.
Menyampaikan juga harus dengan hati.

Mereka berkata: “Hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu; sesungguhnya kami bekerja (pula)”. - Fussilat, ayat 5

Kita yang mungkin kematian hati.
Hati yang mati tidak dapat menghidupkan hati-hati mati yang lain.

Amiruddin Hamidun.
19 November 2009, 11.17 pagi
Nice, France

Al-Fahmu dan Semangat

Assalamualaikum,

Faham je tak cukup kalau nak pergi lebih laju. Kena ada semangat baru power! HuHu.

Doakan ambo yang mental and physically injured…
eehh..poket pun injured gak! HaHa.

Tapi masih mampu bertahan! Dan akan terus bertahan! ;)

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. - Al Baqarah, ayat 155

Amiruddin Hamidun.
17 November 2009, 12.05 tengahari
Nice, France

Biar Betul?

Assalamualaikum,

Nak search pasal benda lain. Benda lain yang dapat. Terjumpa kat satu web.

Seorang remaja bertanya pada ibunya, “Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati.”

Si ibu tersenyum dan menjawab,

“Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya,

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran,

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda,

Ikhwan sejati bukanlah dilihat bagaimana dia dihormati di tempat kerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah,

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan,

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati dibalik itu,

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhawat yang memuja, tetapi dari komitmennya terhadap akhawat yang dicintainya,

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menjalani liku-liku kehidupan,

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya dia membaca Qur’an, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca,

Setelah itu, ia kembali bertanya, ” Siapakah yang dapat memenuhi kriteria itu, ibu?”

Si ibu memberinya buku dan berkata,”Pelajari tentang dia”.

Ia pun mengambil buku itu, “MUHAMMAD” judul yang tertulis di buku itu.

HaHa biar betul benda ni? Ada ayat-ayat kontroversi. HaHa

Amiruddin Hamidun.
16 November 2009, 10.08 pagi
Nice, France

« Previous PageNext Page »


Nak Buat Website? Guna DevHub!

Subscribe RSS

Tiga Perkara

1. Tarbiyahku.
2. Tarbiyah mereka.
3. Mata pencarian.

Tiga Perkara Kepada Tiga Perkara

1. Strong desire.
2. Willingness to learn and act.
3. Never give up!

١٠ مواصفات

سليم العقيدة
صحيح العبادة
متين الخلق
مثقف الفكر
قوي الجسم
قادرًا على الكسب
منظمًا في شئونه
حريصًا على وقته
مجاهدًا لنفسه
نافعًا لغيره

Visitors