Assalamualaikum,
AMARAN : Post ini mengandungi unsur-unsur ghazwul fikri sekiranya anda gagal meletakkan ‘corong turas’ islam di dalam pemikiran anda.
Ini kisah benar.
Seorang ini miskin di awal-awal hidupnya, kemudian berusaha dan akhirnya menjadi kaya bersama syarikat A.
Tiba-tiba…
Sesuatu berlaku. Syarikat A dan dia ’seakan-akan’ tidak sehaluan lagi. Dia membuat keputusan untuk resign dari syarikat A dan membawa haluan sendiri.
Sewaktu di syarikat A, dia dididik bahawa kejayaan HANYA dapat diperoleh melalui syarikat A.
Sehinggakan apabila dia membuat keputusan untuk keluar dari syarikat A, dia disumpah oleh syarikat A dengan ideologi :
“Takde orang yang pernah berjaya selepas resign dari kita kau tahu tak!?”
Dia tetap nekad dengan keputusannya : berhenti dari syarikat A dan mencari kejayaan dengan caranya yang tersendiri. Biarpun pada ketika itu dia sudah mempunyai pendapatan 5 angka dengan syarikat A.
Akhirnya selepas 2 tahun berhenti dari syarikat A, dia berjaya membuktikan dia sudah mampu mendapat pendapatan 6 angka sebulan!
Lebih banyak dari yang syarikat A mampu berikan sebelum ini dengan hasil usaha dia bersama syarikat A selama 12 tahun!
Dan dia berkata…
Saya adalah apa yang ada di dalam otak saya. Anda adalah apa yang ada di dalam otak anda. Saya boleh jadi seperti anda, jika apa yang ada di dalam otak saya sama seperti apa yang ada di dalam otak anda. Begitu juga sebaliknya.
Jadi, untuk berjaya, samakan pemikiran anda dengan pemikiran orang yang berjaya. Untuk menjadi kaya, samakan pemikiran anda dengan orang yang kaya.
To become millionaire, think like a mllionaire. Awas!! Anda boleh menjadi BODOH dengan segera, jika berfikiran seperti orang yang bodoh..
Saya adalah orang biasa-biasa seperti orang kebanyakan juga. Kadang-kadang orang nampak saya seperti luar biasa, itu hanya kerana saya “berfikiran seperti orang luar biasa”.
Kenapa saya terpaksa berfikiran seperti orang luar biasa? Itu adalah kerana saya ingin berpendapatan yang luar biasa.
Kenapa saya terpaksa berpendapatan luar biasa? Itu adalah kerana ia adalah tugas saya. I have to do. Sebab itu adalah tugas saya!! My task is to succeed!!
Nah sekarang, kita adalah golongan yang selalu menceduk ibrah dari setiap perkara. Biarpun datangnya dari pelbagai sumber, apa jua keadaan dan siapa juga yang menyampaikannya.
UA….
Adakah kita seoptimis dia? Positif tahap maksima!
Amiruddin Hamidun.
11 November 2009, 9.54 pagi
Nice, France


0 Responses to “Optimis & Positif Maksima!”